JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | BUSAN - GUKJE MARKET / SHOPPING PAKAIAN SOUVENIRS DAN MANGKUK PERKAKAS DAPUR
Entri sebelumnya diSINI.
15 Januari 2016
JALAN-JALAN MUSIM SEJUK BUSAN KOREA | SHOPPING SOUVENIRS PERKAKAS DAPUR PERIUK BELANGA DI GUKJE MARKET. Turun dari kawasan Yongdusan Park akan bertemu jalan utama yang kiri kanan ada shop lot menjual barangan berjenama. Tak ingat nama jalan. Kedai produk kecantikan Korea memang sah ada. Tumpuan penduduk setempat juga agaknya sebab hectic. Anak-anak muda dan orang-orang tua pun sama banyak. Kami menapak nak kembali ke Jagalchi Station tapi niat nak mencuci mata dan cari barang sikit. Kalau ada yang berkenan kita rembat saja. Kami masuk ke lorong-lorong yang menjual macam-macam di belakang laluan utama. Lagi meriah. Banyak cart street food dan kedai-kedai menjual pakaian dan kasut.
Meriah sungguh dengan macam-macam jenis benda terjual. Winter coats yang cantik dan murah. Semua comel macam selalu kita tengok dalam drama Korea. Macam mana pelakon-pelakon Korea selalu dress up dengan baju-baju comel, macam itulah baju-baju yang banyak terjual. Harga winter coats pula ada yang semurah 30000WON (RM115.20 approx) sehingga 100000WON (RM300.00 approx). Macam-macam style dan warna. Kalaulah tahu memang terasa nak usung luggage kosong dan memborong di Busan. Kasut boots pun sangat murah. The same design yang aku beli di Universal Traveler dengan harga RM99.00 boleh dapat around 10000WON (RM40.00 approx) saja. Lagi cantik dan pelbagai design. Huuurm..
Kalau nak borong pakaian for winter memang sesuai sangat borong disini. Tapi silalah survey harga dulu. Majoriti peniaga jual benda yang sama tapi ikut nasiblah kita dapat harga macam mana. Meh aku kongsikan satu cerita. Fikir balik lawak pun ada. Aku nak beli sweat shirt.. Banyak pilihan dan lawa. Kedai mula aku tanya jual hanya 15000WON (RM57.60 approx) tapi ahjushhi macam layan tak layan saja. Aku pun berlalu pergi. Next kedai dah jauh sikit the same baju tapi harga da up 20000WON (RM76.80 approx) tapi size pula tak ada. Huuurm.. cabaran. Lastnya aku decide untuk beli juga kalau jumpa di kedai lain. Okay fine !! Jumpalah sweat shirt yang berkenan dan size pun sesuai tapi harganya 40000WON (RM153.60 approx). Sepatutnya aku tak perlu beli pun. Tapi teringatkan pesan MamiZ.. Tak baik buat peniaga acah-acah nak beli tanya macam-macam tapi tak beli pun. Serba salah aku tengok muka ahjusshi selongkar bundle nak cari size. Dahlah tengah sejuk. Memikirkan harga memang tak mahu. Mahal. Bukan berjenama pun. Jual tepi jalan saja. Tapi mulut tak terkeluar nak cakap tak jadi beli. Dalam kepala kata-kata MamiZ bermain-main. Dipersimpangan dilemma tau. Maka aku redha membayar. Arrrrgh !! Perit !! Hahaha.. Kesian JM. Sampai dah balik ke Malaysia aku zikir penyesalan aku. Andai dapat kuundurkan masa. Next time tak boleh pakai teori MamiZ. Jadi korang pun haruslah berbelanja dengan bijak. Jadikanlah pengajaran.
PS : Sweat shirt dah selamat jadi hadiah birthday RaihanF. Aku tak sanggup nak simpan. Nanti tak boleh move on dari rasa berdosa. Hahaha..
Tengok harga baju-baju winter coat yang cantik. Tak semahal baju sweat shirt tepi jalan yang aku beli. Tak boleh move on melupakan. Lagi cantik baik aku beli coat baru T.T |
Ahjumma focus memasak. Maintain lawa.. |
Street food sangat banyak. Kalau confirm halal memang aku borong semua. Ikutlah tahap keyakinan masing-masing. Mana yang rasa boleh makan kalau nak cuba tanyalah untuk kepastian. Hotteok ada.. Tteokbokki ada.. Kimbab ada. Macam-macamlah. Ramai sangat orang. Tengok orang Korea makan memang telan air liur saja mampu. Cuti agaknya semua keluar sarang berjalan-jalan. Buah-buahan segar pun banyak. Strawberry besar-besar dan menggoda sangat. Kami borong juga sebekas. Perrrgh manis macam gula tumpah !! Tiada tandingan dengan strawberry Cameron Highlands. Hihihi..
Niat utama nak cari jalan ke Gukje Market. Antara tempat yang wajib singgah kalau ke Busan. Baca entries Korea Nekcik membuatkan aku teringin nak ke Gukje Market. Jalan punya jalan.. akhirnya kami pun sampai ke Gukje Market. Market kat Korea kemas dan teratur ikut bahagian tertentu. Macam-macam ada. Pakaian.. Kasut.. Beg.. Makanan.. Rambang mata betul. Kami nak cari periuk belanga dan juga souvenirs. Ada satu lorong khas menjual souvenirs. Pekerja orang Indonesia jadi ngomongnya bahasa kita aja. Dapat lagi harga murah. Kami just cari fridge magnet yang ada tulis Busan. Tak ada dalam simpanan lagi.
Yang paling penting !! Aku nak beli periuk belanga orang Korea. Semua Nekcik punya pasal. Pusing punya pusing akhirnya jumpa. Nak beli yang periuk kecil warna kuning yang digunakan untuk masak ramen. Ala.. selalu kalau dalam drama Korea depa makan kat tudung periuk tu. Haaa yang tu !! Nak buat harta. Hehehe.. Murah saja. Hanya 5000WON (RM19.20 approx). Kalau luggage ada space banyak memang banyak lagi aku borong. Comel !! Periuk tanah liat pun murah dan cantik.
Pilih.. Pilih.. Semua size ada. Harga berbeza mengikut jenis dan size. Kalau luggage ada ruang memang aku borong semua ni. Nak pergi lagi shopping periuk belanga boleh ? |
Haaa yang periuk kuning tu aku berkenan sangat. Siap ada tudung periuk. Ikutlah suka style mana. Satu pemegang dua pemegang semua ada. |
Kalau beli yang ceramic atau tanah liat tu kena make sure balut elok kemas dan rapi. At first memang nak beli tapi perjalanan aku masih jauh. Takut possibility nak pecah. Jadi aku tak beli. Terbayang nak masak Kimchi Jigae hahaha.. Tak apalah tak ada rezeki lagi.
Kalau ada minat yang sama jangan lupa singgah Gukje Market. Harga periuk belanga disini lagi murah berbanding di Seoul. Berbelanjalah dengan jimat. Nak maaakan. Lapar !!
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :