Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.2 - BUSAN TOWER / YONGDUSAN PARK

$
0
0

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | BUSAN - BUSAN TOWER / YONGDUSAN PARK


Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

JALAN-JALAN DI BUSAN | BUSAN TOWER / YONGDUSAN PARK. Dari Jagalchi Station kami decided untuk terus ke Busan Tower. Agak jauh sebenarnya tapi tak mengapa. Kalau tak mahu gerak dari Jagalchi Station boleh juga gerak dari Nampo Station Exit 7. Semak jarak perjalanan dengan Google Maps. Boleh korang rancang perjalanan dengan lebih lancar. Rujuk SINI. Hari masih muda tapi semakin gelap. Maklumlah musim sejuk. Siang sangat limited jadi kena percepatkan langkah. Menapak melalui kawasan membeli-belah, BIFF Square (Busan International Film Festival) dan kawasan jualan street food akhirnya kami sampai di depan escalator yang disediakan untuk kemudahan orang ramai yang ingin ke Yongdusan Park. Terselit celah-celah kedai. Perrgh !! Canggih dan terima kasih banyak-banyak. Tak perlu susah nak mendaki tangga.

BUSAN TOWER / YONGDUSAN PARK


Busan Tower terletak dalam kawasan Yongdusan Park dan menjadi kebanggan warga Busan. Macam orang-orang Alor Setar bangga ada Menara Alor Setar. Gituuu perasaannya. Seluas-luas kawasan Yongdusan Park ada beberapa tourist spots selain Busan Tower yang boleh kita tengok seperti Statue Admiral Yi Shun Shin, Bell of the Citizens dan Flower Clock. Kami tak berminat pun nak naik Busan Tower. Just nak melepak jenguk kawasan. Kalau berminat apa salahnya. Tak adalah mahal sangat ticket untuk ke Busan Tower. Ada ramai orang naik. Jenguk view Busan dari atas. Ada souvenir shops dan coffee house. Dari sekitar kawasan Yongdusan Park pun dapat tengok juga pelabuhan Busan. Cantik dan kemas.

Admission Fees

Adults : 5000 WON
Seniors : 4000 WON 
Children & Teenagers : 3000WON

Kenapa perlu kufur nikmat bila dah disediakan escalator ? Hihihi..

Lotte Mall. Boleh naik ke rooftop dan menjenguk kawasan sekeliling juga. Blog mana aku baca tah.. Hihihi..

Permandangan port Busan dari Yongdusan Park.

Bell of the Citizens. Apa function aku tak tahu. Hehehe..

Patung pakcik Yi Shun Shin yang terpacak gagah..



Busan Tower

Basically ini saja yang ada sekitar Yongdusan Park. Ramai ahjumma dan ahjusshi tengah exercise. Bagus betul. Banyak tempat duduk kalau nak melepak dan enjoy sceneries. Kami meronda cari tempat solat dan akhirnya jumpa car park bawah sikit dari kawasan Busan Tower. Agak terpencil but just nice untuk solat. Toilet pun ada disediakan. Bergilir-gilir ambil wuduk solat dan jaga barang-barang. Apa yang aku nak ingatkan, sentiasalah berwaspada. Jangan terlalu berani dan kalau boleh pergi mana-mana pun berteman. Yang travel solo lagilah kena extra careful. Walaupun kita rasa selamat tapi bahaya itu berada di mana-mana. Kita di tempat orang. Ada kejadian pelik berlaku tapi syukur kami tak apa-apa. Aku tak reti nak ceritakan tapi memang menyeramkan.

Seorang lelaki masuk ke toilet sampai kesudah tak keluar. Bila giliran aku ambil wuduk, mula dengar bunyi yang tak best. Makin lama makin kuat. Haaa.. Aku tak tau nak pilih words macam mana. Faham sendirilah. Jangan innocent sangat.. Cuak gila sampai aku takut nak keluar toilet. Main isyarat mata dengan JM sampailah ada ahjusshi (macam pengawal keselamatan) datang dan masuk toilet. Dia tolak pintu toilet satu-satu then lelaki bengong itu tergesa-gesa keluar. Cuba fikir positif tapi tak boleh. Ahjusshi pula macam saja tunggu kami kat situ. Dia duduk atas divider jalan bersiul-siul tak marah pun kami solat. Cepat-cepat solat buat apa yang patut dan tinggalkan tempat tu. 

Fuuh !! Selalu tengok orang-orang psycho dalam movie. Memang dalam movie Korea and Jepun pun pernah pamerkan hobi rakyat diorang yang pelik dan tak senonoh itu. Jadi tak weird kalau kami terserempak dengan salah seorang dalam berjuta. Nauzubillah. Minta jauhlah dari pengalaman yang pelik dan bahaya. Pandang sekeliling selalu dan silalah berada dalam keadaan bersedia. Barang-barang kena jaga elok-elok.

Shopping satu round dulu. Singgah beli periuk belanga nak bawa balik..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.