JALAN-JALAN MELBOURNE - GOODBYE MELBOURNE
Entri sebelumnya di SINI.
20 September 2015
GOODBYE MELBOURNE. ADIEU. Malam sebelumnya gigih kami menyumbat everything dalam luggage. Timbang nak kira berat. Kalau exceed masih sempat untuk top up. Alhamdulillah. Walaupun banyak yang diborong tapi masih within berat yang dibeli. Risau juga kalau berlebihan.
One thing yang aku risau masa plan itinerary adalah cara untuk pulang ke Melbourne Airport untuk balik ke Malaysia. Aku buat research dan ramai yang suggest naik Starbus tapi that day was Sunday dan waktu Starbus beroperasi agak lewat. Flight was at 9.30AM and paling busuk kena ada di airport at least pukul 8.00AM. Jarak dari rumah Cik Tia ke Melbourne Airport lebih kurang 30 minit. Dari Malaysia aku fikirkan cara macam mana sebab memang tak sempat kalau nak catch a bus dari train station ke airport. Tapi Cik Tia dah tolong selesaikan. Mudahnya !!
STARBUS MELBOURNE : DARI MELBOURNE CITY KE MELBOURNE AIRPORT
Perkhidmatan service Starbus ada disediakan dari Melbourne Airport ke Melbourne CBD dan juga sebaliknya. Tapi kena kaji dengan teliti laluan dan jarak dengan tempat penginapan masing-masing. Other than that, ada juga disediakan service dari pick up point tertentu khas untuk ke Melbourne Airport. Service dibawah company yang sama. Kita hanya perlu tunggu dijemput di tempat yang kita nak.
Jadi two days before balik, Cik Tia dah tempahkan untuk aku dan Kak Sal. Hanya perlu buat tempahan melalui website Starbus.Au Airport Shuttle dan ikutlah arahan. Confirm masing-masing akan beli simcard Australia. Kalau tak nak booking online boleh terus call. Senang !! Habis cerita.
|credit| |
HARGA SERVICE STARBUS DARI DAN KE MELBOURNE AIRPORT
Okay !! Kita tengah bincang tentang medium nak bergerak dari dan ke Melbourne Airport. Maknanya bila kita baru sampai dan pergerakan kita untuk pulang. Perkara ni optional dan ikutlah keselesaan masing-masing. Kalau korang memang bercadang untuk naik Starbus (bus) dari Melbourne Airport ke Melbourne CBD terpulanglah. Selain option Starbus (bus), ada juga option Starbus (van shuttle). Ini yang aku nak kongsikan. Yang nak naik bus kena refer pengalaman orang lain sebab aku tak naik Starbus (bus). Jadi aku tak tahu flow yang betul macam mana.
TAPI !!
Yang aku faham setelah aku godek website, harga yang sama boleh apply kalau korang nak naik Starbus (van shuttle) yang terus sampai depan tempat penginapan. Lagi mudah daripada naik Starbus (bus) dan kena naik tram pula. Bayangkan kalau bawa banyak bag. Huhuhu..
In case korang berdepan situasi yang sama macam aku, flight awal pagi dan tak ada public transport yang cepat untuk bawa ke Melbourne Airport jadi inilah dia solution yang terbaik.
|credit| |
Rumah Cik Tia terletak di Carlton (Zone 2), jadi harga dari pick up point ke Melbourne Airport adalah sebanyak 20AUD (RM62.80 approx) seorang. Kalau dari awal kita book service Starbus tak kisahlah bus atau van shuttle, kita hanya perlu bayar sebanyak 34AUD (RM106. 76 approx) return. Dah tak perlu risau berebut bus dan ada jaminan terus sampai depan pintu.
WAKTU OPERASI STARBUS (BUS DAN VAN SHUTTLE)
Bolehlah korang rujuk waktu operasi Starbus untuk senang buat jadual perjalanana. Ingat ya.. elok rancang awal supaya nanti tak gelabah. Kena ambil kira juga waktu operasi tram kalau korang bercadang untuk gunakan tram juga, especially hari Sabtu dan Ahad.
|credit| |
|credit| |
Keluar dari Arrival Hall akan terus nampak signage Starbus (bus) dan kaunter tiket. Tiket boleh beli on the spot. Kalau nak gunakan service Starbus (van shuttle) kena lintas jalan sikit rasanya. Tunggu di tempat pick up passengers Melbourne Airport. Nak kepastian, silalah bertanya. Hihihi..
Mengerti sudah sekarang ? Jangan risau kalau terpaksa gerak awal ke Melbourne Airport. Dah ada jalan penyelesaian. Tapi sekali lagi ditegaskan, semua ini adalah optional dan pilihan keselesaan masing-masing. Tak bererti cara korang salah. Cuma memberi gambaran dan pilihan untuk dipilih.
Bag dah kemas.. Boarding pass dah dapat.. Jomlah kita gerak balik. Tanah air tercinta sedang menanti walaupun ketika itu dilanda ujian jerebu yang teruk. Cerita pun dah tamat. Sekian.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :