JALAN-JALAN MELBOURNE | TEMPAT MENARIK DI MELBOURNE : PINK LAKE WEST GATE
Entri sebelumnya di SINI.
18 September 2015
JALAN-JALAN MELBOURNE | PINK LAKE WESTGATE PARK. Dalam entri lepas asyik cerita mengenai itinerary yang bertukar. Rancangan asal adalah untuk ke Williamstown iaitu salah satu suburb di Melbourne. Kami nak naik cruise tapi semuanya berubah bila AK kasi cadangan lain. Menarik. Kami pulang ke rumah Cik Tia dan bertemulah dengan Cik Ijan (kawan Cik Tia yang baru sampai dari Malaysia). Janji dengan AK untuk berjumpa di Southern Cross Station selepas Zohor. Since tempat yang bakal dituju tak ada dalam itinerary, aku sedikit blur mengenai route yang sepatutnya kami ambil. Tapi Cik Tia dah ibarat local. Semua jalan ada dalam kepala. Apa nak risau..
Kami sebenarnya nak ke Pink Lake di Westgate Park yang terletak di pinggir Melbourne CBD. Curious. Setahu aku, Pink Lake yang terkenal ada di Western Australia. Victoria pun ada sebiji Pink Lake di The Murray tapi jauh dari Melbourne CBD. Dengan perasaan ingin tahu maka kami pun mengatur langkah. Untuk ke Westgate Park, kita perlu naik bus. Tempat menunggu bus adalah bertentang dengan bangunan The Age.
Cik Ijan Cik Tia Kak Sal Acik Yati |
The Age - Company surat khabar Melbourne. Hanya bersebelahan saja dengan Southern Cross Station. |
DARI SOUTHERN CROSS STATION KE WESTGATE PARK
Ada tiga options yang aku boleh kongsikan. Naik bus, kereta atau jalan kaki. Naiklah bus paling senang. Naik bus No, 235 dan turun di Westgate Park. Kami salah naik bus. No. 215 kalau tak silap. Turun di Westgate Park juga tapi pintu lain. Maka gigihlah menapak sedikit untuk ke Pink Lake. Westgate Park bukanlah taman botanical or taman apa-apa yang cantik sangat. Just nice. It is just a park yang dibuat di tengah-tengah kawasan perindustrian Melbourne. Banyak sangat kilang di kawasan Westgate Park ni. Berdekatan juga dengan port jadi banyak juga kapal-kapal besar yang ada.
Menapak mencari kewujudan Pink Lake di Melbourne. |
Menapak dan menapak akhirnya kami pun sampai di kawasan Pink Lake. Masing-masing hanya mampu memandang diantara satu sama lain. Bunyi gagak saja yang kedengaran. Kerik.. Keerik.. Keeerik !! Kelakar pun ada. Tasiknya sudah tidak pink !! Meraung disitu juga. Sebab apa ? Heee.. Pink Lake di Westgate Park hanya akan bertukar warna hanya di musim panas. Alert ya kawan-kawan. Hanya sepanjang musim panas saja baru Pink Lake di Westgate Park bertukar warna. Musim lain airnya kembali seperti biasa.
Okay !! Different pula dengan Pink Lake di Australia yang lain. Pink Lake lain adalah natural phenomenon yang kekal tapi di Westgate Park, reaction hanya berlaku during summer saja. Rujuk SINIuntuk penjelasan lebih lanjut mengenai Pink Lake di Westgate Park. Jadi apa ceritanya bila Pink Lake yang ingin dijejaki tidak lagi pink ? Marilah kita beransur pulang isi tangki perut.
Pink Lake di Westgate Park yang hanya pink during summer. Bye. |
Sempat singgah di DFO South Wharf untuk solat and off to have our dinner. Balik rehat because esoknya adalah hari untuk melabur semua wang yang ada. Yahoo !!
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com