Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

SHORT ESCAPE TO CAMERON HIGHLANDS

$
0
0

SHORT ESCAPE TO CAMERON HIGHLANDS, PAHANG


Cameron Highlands | Last few weeks, kami sudah terlajak lencong ke Cameron Highlands. Naik ke Cameron Highlands dan bermalam satu malam di atas sana. Habis sekolah ganti kami terus pecut merempit. Fuuh !! Sementara bermastautin di Perak, baik aku gunakan masa sebaik mungkin untuk berjalan-jalan bila ada kesempatan. Aku tak payah sembang panjang. Semua orang tahu Cameron Highlands kat mana. Betul tak ? This time aku malas menaip sangat. Membebel sikit saja. Aku nak share gambar.

Cameron Valley Tea House, Kuala Terla
- Minum teh adalah aktiviti wajib. Not that expensive. Mampu beli. 
- They have cakes and muffins too. So English =)
- Lepas minum teh boleh posing ala ala Hindustan di ladang teh. Hiraukan orang lain.

Trivia : Kami bertiga baru kenal sebulan lalu. Ended up staying in one house and we planned this trip together.

Nak nampak ayu ? Ya.. Pakailah baju kurung macam kami.
 


Fauzi Tomyam & Steamboat Restaurant, Brinchang
- Ada dua cawangan. Satu di deretan kedai-kedai di Brinchang sederet dengan KFC.
+60 5-491 2339 / 019-5454547 (En. Fauzi) / 0195032581 (Pn. Halimah)
- Verdict ? 4/5 bintang.


Awesome. RM25/pax and we ordered two sets.


Pasar Malam Brinchang, Brinchang
- Jumaat & Sabtu sahaja.
- 5.30PM - Midnight
- Souvenirs / Local Food / Snack / Etc.

 



Big Red Strawberry Farm, Brinchang
- Cafe yang awesome with varieties of food untuk dipilih. Sedia duit saja.
- Parking lot yang banyak tak perlu berebut.
- You have to walk sampai hujung farm untuk ke cafe. Pffft !! 
- Makanan tak mahal sangat. Just nice. Order jangan ikut nafsu nanti tak habis.
- Banyak spot menarik untuk bergambar.









BOH Tea Plantation, Sungai Palas
- Wajib singgah kalau ada kudrat dan semangat mendaki yang tinggi.
- Tangga kayu rosak. Under renovation. Kena guna jalan tar untuk sampai ke atas.
- Sila tabah dan kurangkan mengeluh.
- Teh mampu beli juga. Harga cake dan muffins memang pricey but they looked delish. Yumm..






Cameron Lavender, Brinchang
- Aku memang suggest datang sini daripada taman-taman lain.
- Harga entrance dah naik. Last time it was RM5 for adult. Sekarang dah RM8. Huhuhu..
- Korang wajib cuba aiskrim lavender. Weird at first. Later baru rasa sedap. 
- Ada surau disediakan. Selesa.









We stopped by at Kea Farm too. Tapi tak terfikir nak ambil gambar. Sibuk shopping untuk keluarga. Then we headed back to Parit. It was a splendid trip. Hurray !!

PS : Total damage RM150 saja.. Biar betul. Diri sendiri tak percaya. Kui kui kui..

--------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579